Rabu, 24 Ogos 2016
Wanita Mengandung
-11 Ogos 2016-
Bila baca tajuk ni,mesti korang macam dah tau jalan cerita dia kan? Mungkin tajuk tu cliche sangat. Aku letak tajuk 'Wanita Mengandung' ni sebab aku tak tau apa tajuk yang sesuai untuk cerita ni. Korang baca la dulu.
-
Aku tak ingat cerita ni tahun bila, tapi yang aku pasti, umur aku masa tu dalam lingkungan 10-12 tahun. Means,aku masih budak sekolah rendah lagi. Masa aku sekolah dulu, aku duduk dekat asrama area Bangi,Selangor. Nama asrama aku tak boleh bagitau sebab nak jaga privasi. Korang paham kan kalau dah duduk asrama tu,mesti la jumpa macam-macam benda yang tak patut jumpa.
Masa tu merupakan cuti pertengahan tahun, kalau kau duduk asrama or berjauhan dengan family, waktu cuti sekolah la yang paling best sebab korang boleh jumpa family korang masa ni. Asrama kitorang memang benarkan pelajar dia balik pada Jumaat malam sebab hari sabtu tu sekolah dah cuti. So, Paksu aku pun ambik la aku pada Jumaat malam tu. Perjalanan nak ke rumah Paksu aku ni makan masa sejam jugak la, lepas tu kena lalu dekat jalan yang kiri kanan memang hutan dan tak banyak kereta lalu dekat situ.
Masa dalam perjalanan tu, Paksu aku ada cakap dengan aku, " kalau ada nampak 'benda' apa-apa, jangan tegur", aku pun ia kan je la. Dah 45 minit perjalanan, sampai la kitorang dekat jalan yang sunyi tu. Masa tu aku tengok sebelah kiri aku je. Yela,dah duduk dekat seat passenger kan. Bila sampai dekat satu selekoh tajam tu, aku nampak ada sorang perempuan mengandung pakai baju pink. Dia berdiri je dekat tepi tu. Aku dalam hati pikir jugak, perempuan ni kalau kena langgar mesti mati, dah malam-malam macam ni nak ke mana lagi? Getus hati kecil aku. Kereta paksu aku pun melepasi perempuan tu.
Selepas beberapa minit, aku tanya Paksu aku "Paksu nampak tak perempuan tadi?". " Hah!?" Terkejut Paksu aku dengar aku tanya macam tu. "Takda pulak,dekat mana kau nampak?". "Masa dekat Simpang tadi,perempuan mengandung pakai baju pink". Cakap aku bersahaja. Paksu aku terdiam,dia tak berkata apa-apa sehingga la kami sampai dekat rumah dia. Sebabkan dia diam lama sangat, aku pun dah lupa yang aku nampak perempuan tu.
Lepas aku mandi, aku biasanya tidur dekat ruang tamu je kalau aku duduk rumah Paksu aku ni. Masa tu jam dah dekat pukul 11.30 malam. Masa aku baring dekat sofa sambil tengok tv dengan anak Paksu aku,aku terpandang dekat luar,pintu rumah Paksu aku pakai sliding door yang kaca,so boleh nampak luar terus. Aku nampak perempuan tadi dekat semak tepi rumah Paksu aku ni. Aku pun buat tak tau je. Aku tengok tv lagi, lepas berapa minit tu, aku toleh ke arah pintu tu lagi,tengok dia makin dekat dengan rumah Paksu aku. Aku biar je lagi. Sambung tengok tv, lepas tu aku toleh lagi, guess what? Dia dah ada depan pintu tu. Aku terkejut jugak, dengan muka tak nampak dihalang dengan rambut dia yang panjang. Aku terus bangun dan pergi ke anak Paksu aku. "Abang Bob, siapa tu? Kawan Paksu ke?", tanya aku kepada dia. "Siapa?", tanya dia kepada ku. "Tu, perempuan mengandung depan pintu tu". "Mana ada orang", kata dia sambil menjengah kepala lihat ke arah pintu tu. Aku makin pelik, padahal perempuan tu ada je dekat situ,kenapa dia tak nampak?.
Aku pun sambung tengok tv tak pedulikan perempuan tu, bila aku tengok balik dekat pintu tu, perempuan tu dah hilang. Esok pagi nya, Paksu aku hantar aku naik bas untuk pulang ke kampung. Masa dalam perjalanan nak ke stesyen bas tu, aku cakap dengan Paksu aku "Paksu, malam tadi, masa orang tengah tengok tv dengan abang Bob, perempuan tu datang dekat depan pintu rumah Paksu". Tiba-tiba riak muka Paksu aku masa tu berubah. Dia diam dan tak berkata apa-apa pun, sama macam malam tadi. Jadi, aku pun mengambil keputusan untuk turut diam sehingga la aku sampai ke stesyen bas. Dia beli kan tiket bas untuk aku dan aku pun tunggu sehingga bas sampai.
Perjalanan ke rumah aku ambil masa dalam 4-6 jam. Aku sampai rumah masa tu dah petang. Lepas sampai je rumah, aku terus tidur. Ye la, sebab penat sangat. Dalam pukul 7.30 p.m macam tu, mak aku kejut suruh solat maghrib. Aku pun bangun dan ambik kain tuala nak mandi dulu sebelum solat. Masa aku jalan nak ke bilik air, aku ternampak dekat tingkap macam ada orang dekat luar rumah. Aku pergi tengok dekat tingkap tu. Huh! Terkejut aku, perempuan mengandung tu ada dekat luar rumah. Aku mandi masa tu memang meremang bulu roma aku. Tak tenang masa tu.
Nak pendekkan cerita, aku pun macam dah biasa nampak perempuan tu jadi aku dah kurang rasa takut. Sampai lah aku balik ke asrama aku balik. Aku cerita dekat ustaz aku pasal benda yang aku nampak. Ustaz aku cakap yang mungkin benda tu tak tenang atau saja nak ganggu kita. Malam tu, ustaz aku buatkan aku air yassin. Dia suruh aku minum air tu, lepas aku minum air tu, mata aku jadi kabur lepas tu aku nampak perempuan tu dekat luar pintu surau tu. Kali ni lain, kali ni aku nampak muka dia. Darah pekat merah kehitaman penuh dekat muka dia sampai aku tak boleh nampak mata dia. Aku perasan macam dia gelak dekat aku, lepas tu aku terus tak sedar. Aku sedar balik esok pagi. Aku tanya kawan aku macam mana aku boleh ada atas katil. Dia cakap diorang angkat aku,lepas je aku minum air yassin tu, aku terus pengsan dan pagar asrama aku bergegar. Semua terkejut malam tu.
Aku tak pergi sekolah hari tu sebab badan aku tak larat. Aku lepak dekat office asrama aku, aku pun cari la surat khabar lama-lama yang aku tak baca lagi. Baca punya baca, aku ada terperasan satu artikel "Wanita Mengandung Meninggal Dalam Perjalanan ke Hospital", aku tengok gambar dalam artikel tu, mayat perempuan tu dah tertutup dengan plastik hitam tapi ada terselak sikit, aku nampak mayat tu pakai baju pink. Sama macam perempuan mengandung yang aku nampak tu. 'Gulp' aku telan air liur baca artikel tu. Masa tu perasan aku memang Tuhan je tau. Satu badan meremang. Sampai kerani office tu panggil aku pun aku tak dengar.
Sampai sekarang ni aku pelik, kenapa banyak-banyak manusia, aku jugak yang dia kacau. Hmmm.
Ahad, 7 Ogos 2016
Sesuatu Di Politeknik Ungku Omar
'Suasana malam ni nampak tenang,tapi sejauh manakah kau boleh rasa tenang?'
Kebiasaan roomates aku semua tidur lambat sebab nak menyiapkan assignment tapi entah kenapa hari ni,semua tidur awal,jam baru menunjukkan pukul 12 malam tapi mereka sudah mula menarik selimut membaluti tubuh masing-masing. Aku pun berfikir yang mereka tiada kerja yang perlu disiapkan dan mungkin terlalu penat seharian ke kelas. Aku pulak yang jenis memang tidur awal, kalau aku tidur lambat,aku akan rasa pening. Selalu nya,aku menyiapkan assignment pada waktu petang,tetapi petang hari ni,aku tertidur. Jadi,malam ni,aku terpaksa la berjaga untuk siapkan semua tugasan.
-12.50 a.m.
Aku masih berjaga menyiapkan semua tugasan. Tempat belajar aku betul-betul di depan tingkap,memang seronok bila kena angin malam, tingkap aku menghadap satu lagi blok. Dekat blok tu memang ramai yang tak tidur malam. Jadi aku dapat dengar suara mereka gelak ketawa dengan kuat.
-1.15 a.m
Aku tengok ke luar tingkap,budak-budak blok sebelah dah mula tidur, baru la rasa tenang sikit. Kalau tidak,nak buat kerja pun susah. Aku teruskan buat kerja,hanya tinggal 2 soalan sahaja lagi.
-1.30 a.m
Aku dah selesai buat semua kerja. Tiba-tiba sorang kawan bilik aku,Fuad(bukan nama betul) bangun,dia tanya "Wei,kau tak tidur lagi ke?" , aku pun balas "Aku nak tidur dah ni." "Teman aku pergi tandas jap,aku nak b*rak ni" bagitau dia. "Okay". Aku pun teman kan dia.
-1.37 a.m
Aku dah habis scroll semua media social,dan aku pun selfie la,saja suka-suka sebab bosan sangat tunggu dia nak siap. Sempat aku snap satu gambar,aku dengar bunyi flush. " Dah siap ke Fuad?" Aku tanya. "Dah,kau pergi la masuk bilik dulu","Hehehe" terdengar kawan aku ketawa kecil. "Okay,aku masuk dulu" tanpa ragu-ragu aku terus keluar dari tandas dan pergi ke bilik.
Belum sempat kaki aku melangkah masuk ke bilik, tiba-tiba ada bunyi whatsapp masuk,aku pun buka. "Wei,aku balik esok pagi tau,malam ni aku tidur rumah pakcik aku". Terpampang mesej whatsapp tu. Aku tengok siapa yang hantar, tiba-tiba darah aku berderau,bulu roma aku semua tegak,aku dah tak fikir apa dah. Terus aku masuk bilik,kunci pintu terus. Korang pun dah boleh agakkan siapa yang hantar mesej tu. Ye... Fuad,habis tu,siapa kawan aku yang aku teman tadi tu. Dekat 20 minit aku baring dalam keadaan yang tak tenang. Aku asyik fikir,siapa tadi tu. Lama-lama aku tertidur.
-6.30 a.m
Man(bukan nama betul) sorang lagi roomates aku kejutkan aku untuk solat Subuh. Aku pun bangun solat,dah selesai,si Man ni pun datang dekat aku. Dia pun cakap, "Malam tadi aku ada dengar kau cakap sorang-sorang", aku yang dah terlupa pasal malam tu,terus teringat balik,bulu roma aku semua meremang. "Aku ingat kan,kau call Fuad,tapi lepas kau cakap okay tu,kau keluar pergi mana? Lama jugak tunggu kau masuk bilik,sampai tertidur aku", cakap si Man ni lagi. Darah aku makin berderau. Lepas tu,aku terus ambik smartphone aku,aku tengok balik gambar selfie semalam,*bamm* smartphone terlepas dari tangan aku. Badan dengan tangan aku menggigil habis, si Man ni terkejut,apasal aku biar phone jatuh, dia pun ambik. Dia tengok gambar selfie yang aku memang bukak tadi. "Allahuakbar", makin terkejut dia. Aku memang tak boleh rasa dah badan aku,menggeletar je.
Nah,gambar ni.