Wanita Mengandung
-11 Ogos 2016-
Bila baca tajuk ni,mesti korang macam dah tau jalan cerita dia kan? Mungkin tajuk tu cliche sangat. Aku letak tajuk 'Wanita Mengandung' ni sebab aku tak tau apa tajuk yang sesuai untuk cerita ni. Korang baca la dulu.
-
Aku tak ingat cerita ni tahun bila, tapi yang aku pasti, umur aku masa tu dalam lingkungan 10-12 tahun. Means,aku masih budak sekolah rendah lagi. Masa aku sekolah dulu, aku duduk dekat asrama area Bangi,Selangor. Nama asrama aku tak boleh bagitau sebab nak jaga privasi. Korang paham kan kalau dah duduk asrama tu,mesti la jumpa macam-macam benda yang tak patut jumpa.
Masa tu merupakan cuti pertengahan tahun, kalau kau duduk asrama or berjauhan dengan family, waktu cuti sekolah la yang paling best sebab korang boleh jumpa family korang masa ni. Asrama kitorang memang benarkan pelajar dia balik pada Jumaat malam sebab hari sabtu tu sekolah dah cuti. So, Paksu aku pun ambik la aku pada Jumaat malam tu. Perjalanan nak ke rumah Paksu aku ni makan masa sejam jugak la, lepas tu kena lalu dekat jalan yang kiri kanan memang hutan dan tak banyak kereta lalu dekat situ.
Masa dalam perjalanan tu, Paksu aku ada cakap dengan aku, " kalau ada nampak 'benda' apa-apa, jangan tegur", aku pun ia kan je la. Dah 45 minit perjalanan, sampai la kitorang dekat jalan yang sunyi tu. Masa tu aku tengok sebelah kiri aku je. Yela,dah duduk dekat seat passenger kan. Bila sampai dekat satu selekoh tajam tu, aku nampak ada sorang perempuan mengandung pakai baju pink. Dia berdiri je dekat tepi tu. Aku dalam hati pikir jugak, perempuan ni kalau kena langgar mesti mati, dah malam-malam macam ni nak ke mana lagi? Getus hati kecil aku. Kereta paksu aku pun melepasi perempuan tu.
Selepas beberapa minit, aku tanya Paksu aku "Paksu nampak tak perempuan tadi?". " Hah!?" Terkejut Paksu aku dengar aku tanya macam tu. "Takda pulak,dekat mana kau nampak?". "Masa dekat Simpang tadi,perempuan mengandung pakai baju pink". Cakap aku bersahaja. Paksu aku terdiam,dia tak berkata apa-apa sehingga la kami sampai dekat rumah dia. Sebabkan dia diam lama sangat, aku pun dah lupa yang aku nampak perempuan tu.
Lepas aku mandi, aku biasanya tidur dekat ruang tamu je kalau aku duduk rumah Paksu aku ni. Masa tu jam dah dekat pukul 11.30 malam. Masa aku baring dekat sofa sambil tengok tv dengan anak Paksu aku,aku terpandang dekat luar,pintu rumah Paksu aku pakai sliding door yang kaca,so boleh nampak luar terus. Aku nampak perempuan tadi dekat semak tepi rumah Paksu aku ni. Aku pun buat tak tau je. Aku tengok tv lagi, lepas berapa minit tu, aku toleh ke arah pintu tu lagi,tengok dia makin dekat dengan rumah Paksu aku. Aku biar je lagi. Sambung tengok tv, lepas tu aku toleh lagi, guess what? Dia dah ada depan pintu tu. Aku terkejut jugak, dengan muka tak nampak dihalang dengan rambut dia yang panjang. Aku terus bangun dan pergi ke anak Paksu aku. "Abang Bob, siapa tu? Kawan Paksu ke?", tanya aku kepada dia. "Siapa?", tanya dia kepada ku. "Tu, perempuan mengandung depan pintu tu". "Mana ada orang", kata dia sambil menjengah kepala lihat ke arah pintu tu. Aku makin pelik, padahal perempuan tu ada je dekat situ,kenapa dia tak nampak?.
Aku pun sambung tengok tv tak pedulikan perempuan tu, bila aku tengok balik dekat pintu tu, perempuan tu dah hilang. Esok pagi nya, Paksu aku hantar aku naik bas untuk pulang ke kampung. Masa dalam perjalanan nak ke stesyen bas tu, aku cakap dengan Paksu aku "Paksu, malam tadi, masa orang tengah tengok tv dengan abang Bob, perempuan tu datang dekat depan pintu rumah Paksu". Tiba-tiba riak muka Paksu aku masa tu berubah. Dia diam dan tak berkata apa-apa pun, sama macam malam tadi. Jadi, aku pun mengambil keputusan untuk turut diam sehingga la aku sampai ke stesyen bas. Dia beli kan tiket bas untuk aku dan aku pun tunggu sehingga bas sampai.
Perjalanan ke rumah aku ambil masa dalam 4-6 jam. Aku sampai rumah masa tu dah petang. Lepas sampai je rumah, aku terus tidur. Ye la, sebab penat sangat. Dalam pukul 7.30 p.m macam tu, mak aku kejut suruh solat maghrib. Aku pun bangun dan ambik kain tuala nak mandi dulu sebelum solat. Masa aku jalan nak ke bilik air, aku ternampak dekat tingkap macam ada orang dekat luar rumah. Aku pergi tengok dekat tingkap tu. Huh! Terkejut aku, perempuan mengandung tu ada dekat luar rumah. Aku mandi masa tu memang meremang bulu roma aku. Tak tenang masa tu.
Nak pendekkan cerita, aku pun macam dah biasa nampak perempuan tu jadi aku dah kurang rasa takut. Sampai lah aku balik ke asrama aku balik. Aku cerita dekat ustaz aku pasal benda yang aku nampak. Ustaz aku cakap yang mungkin benda tu tak tenang atau saja nak ganggu kita. Malam tu, ustaz aku buatkan aku air yassin. Dia suruh aku minum air tu, lepas aku minum air tu, mata aku jadi kabur lepas tu aku nampak perempuan tu dekat luar pintu surau tu. Kali ni lain, kali ni aku nampak muka dia. Darah pekat merah kehitaman penuh dekat muka dia sampai aku tak boleh nampak mata dia. Aku perasan macam dia gelak dekat aku, lepas tu aku terus tak sedar. Aku sedar balik esok pagi. Aku tanya kawan aku macam mana aku boleh ada atas katil. Dia cakap diorang angkat aku,lepas je aku minum air yassin tu, aku terus pengsan dan pagar asrama aku bergegar. Semua terkejut malam tu.
Aku tak pergi sekolah hari tu sebab badan aku tak larat. Aku lepak dekat office asrama aku, aku pun cari la surat khabar lama-lama yang aku tak baca lagi. Baca punya baca, aku ada terperasan satu artikel "Wanita Mengandung Meninggal Dalam Perjalanan ke Hospital", aku tengok gambar dalam artikel tu, mayat perempuan tu dah tertutup dengan plastik hitam tapi ada terselak sikit, aku nampak mayat tu pakai baju pink. Sama macam perempuan mengandung yang aku nampak tu. 'Gulp' aku telan air liur baca artikel tu. Masa tu perasan aku memang Tuhan je tau. Satu badan meremang. Sampai kerani office tu panggil aku pun aku tak dengar.
Sampai sekarang ni aku pelik, kenapa banyak-banyak manusia, aku jugak yang dia kacau. Hmmm.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan